Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBorang Penaksiran dan Percukaian

​​Pengesahan Hutang

Pengesahan Tunggakan Cukai Bangunan Bagi Proses Kemajuan Pihak Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri (ABCI) Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCI) Kementerian Pembangunan.

Pengenalan:-​

Bermula 1 Ogos 2022, pemiilik bangunan yang mempunyai bangunan dibawah kawalan/kawasan Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria yang bercadang untuk melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan semula di tapak bangunan asal, adalah dikehendaki untuk membuat pengesahan cukai bangunan terlebih dahulu sepertimana bagi permohonan-permohonan berikut:

  • Kebenaran kerja tanah (menembok, meratakan, meruntuh).
  • Membina bangunan termasuk rumah, bangunan industry dan bangunan komersial.
  • Ubahsuai dan tambahan rumahsedia ada.
  • Ubahsuai ruang kedai termasuk permohonan untuk menggunakan ruang kedai.

Pengesahan pembayaran tuntutan cukai bangunan akan disahkan setelah pembayaran tunggakan cukai bangunan dilunaskan atau setelah persetujuan skim bayaran dipersetujui oleh Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.

Borang pengesahan tuntutan cukai bangunan tidak akan disahkan dan permohonan pemilik bangunan tidak akan diterima oleh pihak ABCi selagi mana pemilik hartanah belum melunaskan atau memenuhi syarat skim bayaran Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.

Agensi yang terlibat:-

ABCi

Tatacara permohonan:-

Orang ramai boleh mendapatkan Borang Pengesahan Hutang di Kaunter Bahagian Penaksiran dan Percukaian Bangunan, Aras Satu Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria atau boleh di muat turun di pautan berikut:- 




Borang Pengesahan Hutang.docx

Notis Premis Tiada Penghuni / Kosong (Bab 15)

Pengemaskinian maklumat bagi hartanah-hartanah di bawah kawalan bandaran Kuala Belait dan Seria (Notis Premis Tiada Penghuni / Kosong (Bab 15)).

Pengenalan:-

Menurut peruntukan di bawah Bab 15 dalam Akta Lembaga-Lembaga Bandaran Penggal 57, mana-mana bangunan premis itu apabila telah kosong tanpa penyewa selama sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari secara berterusan dalam satu-satu tempoh tahun penaksiran, maka pemilik atau wakilnya perlu memberi notis secara bertulis kepada Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria. Mengikut peruntukkan di bawah Bab 15, jumlah cukai yang akan dikembalikan akan dikira hanya bermula daripada tarikh dimana notis makluman daripada pemilik atau wakilnya diterima. Seterusnya, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bab 32(5) dalam Akta yang sama, mana-mana bangunan apabila yang kosong telah didiami semula, maka pemilik hendaklah dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh penyewaan semula atau bangunan berkenaan didiami semula, memberi notis secara bertulis tentang perkara itu kepada Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria.

Orang ramai khususnya pemilik bangunan dikehendaki untuk memaklumkan sebarang perubahan ke atas hartanah sepertimana alasan-alasan berikut:

  1. Premis ini berada dalam keadaan penyelenggaraan yang secara munasabah          memuaskan;
  2. Bahawa segala usaha yang munasabah telah saya laksanakan bagi menyewakan   premis ini;
  3. Bahawa kadar sewa yang ditetapkan adalah munasabah;
  4. Bahawa premis ini telah kosong dan tidak disewakan disepanjang tempoh dimana tuntutan pemulangan/pemotongan cukai dipohon.

Kegagalan pemilik premis dalam memberikan sebarang notis yang dikehendaki oleh Bab yang dinyatakan di perenggan di atas, maka akan dianggap sebagai telah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak lebih dari Ringgit Brunei Lima Ratus (BND $500.00) iaitu sepertimana diperuntukkan di bawah Bab 32(8) dalam Akta Lembaga-Lembaga Bandaran Penggal 57.

Tatacara permohonan:-

Orang ramai boleh mendapatkan Borang NCB 08 – Notis tiada penghuni (kosong) di Kaunter Bahagian Penaksiran dan Percukaian Bangunan, Aras Satu Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria atau boleh di muat turun di pautan berikut:- 

NCB 08-NOTIS TIADA PENGHUNI_ KOSONG.pdf
Notis Cukai Bangunan (Notis Pusaka)

Pengemaskinian maklumat bagi hartanah-hartanah di bawah kawalan bandaran Kuala Belait dan Seria (Notis Pusaka Bab 32 (2)).

Pengenalan:-

Menurut peruntukan di bawah Bab 32(2) dalam Akta Lembaga-Lembaga Bandaran Penggal 57, mana-mana bangunan premis itu apabila telah dipindahmilik setelah pemilik asal meninggal dunia, maka pemilik baharu perlu memberi notis secara bertulis kepada Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh pemilik asal meninggal dunia.

Kegagalan pemilik premis dalam memberikan sebarang notis yang dikehendaki oleh Bab yang dinyatakan di perenggan (2) di atas, maka akan dianggap sebagai telah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan denda yang tidak lebih dari Ringgit Brunei Lima Ratus (BND $500.00) iaitu sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah Bab 32(8) dalam Akta Lembaga-Lembaga Bandaran Penggal 57.

Tatacara permohonan:-

Orang ramai boleh mendapatkan Borang NCB 12 – Notis Pusaka di Kaunter Bahagian Penaksiran dan Percukaian Bangunan, Aras Satu Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria atau boleh di muat turun di pautan berikut:- 

NCB12 _NOTIS PUSAKA.pdf
​​Notis Pelupusan atau Pindah milik Bab 32 (1)

Pengemaskinian maklumat bagi hartanah-hartanah di bawah kawalan bandaran Kuala Belait dan Seria (Notis Pelupusan atau Pindah milik Bab 32 (1)).

Menurut peruntukan di bawah Bab 32(1) dalam Akta Lembaga-Lembaga Bandaran Penggal 57, mana-mana bangunan premis itu apabila telah dipindahmilik, maka pemilik baharu atau pembeli perlu memberi notis secara bertulis kepada Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh pindahmilik didaftarkan.

Kegagalan pemilik premis dalam memberikan sebarang notis yang dikehendaki oleh Bab yang dinyatakan di perenggan (2) di atas, maka akan dianggap sebagai telah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan denda yang tidak lebih dari Ringgit Brunei Lima Ratus (BND $500.00) iaitu sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah Bab 32(8) dalam Akta Lembaga-Lembaga Bandaran Penggal 57.

 

Tatacara permohonan:-

Orang ramai boleh mendapatkan Borang NCB 11 – Notis Pelupusan atau Pindah milik Bab 32 (1) di Kaunter Bahagian Penaksiran dan Percukaian Bangunan, Aras Satu Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria atau boleh di muat turun di pautan berikut:-

MAKLUMAN | NCB 11 (Notis Pelupusan atau Pindah milik Bab 32 (1)) boleh di muat turun di pautan berikut:- 


NCB11_NOTIS PELUPUSAN ATAU PINDAHMILIK.pdf
​Borang Kajian Cukai Rumah / Bangunan di Bawah Akta Lembaga-lembaga Bandaran Penggal 57
​Pengemaskinian maklumat bagi hartanah-hartanah di bawah kawalan bandaran Kuala Belait dan Seria (Borang Kajian Cukai).

Menurut peruntukan Bab 20 (1) Akta Lembaga-Lembaga Bandaran Penggal 57, bagi membolehkan Lembaga Bandaran menaksirkan nilaian bagi rumah, tanah atau bangunan yang boleh dikenakan cukai maka Pengerusi boleh mengkehendaki tuan punya atau penduduknya memberikan senarai-senarai sewa rumah, tanah atau bangunan itu dan memberik semua maklumat yang perlu bagi menyediakan senarai cukai tersebut.

Jika terdapat sebarang perubahan mengenai kegunaan hartanah dan juga nilai sewa orang ramai khususnya pemilik bangunan hendaklah mengisikan borang tersebut dan menghadapkannya ke Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.

Tatacara permohonan:-

Orang ramai boleh mendapatkan Borang Kajian Cukai di Kaunter Bahagian Penaksiran dan Percukaian Bangunan, Aras Satu Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria atau boleh di muat turun di pautan berikut:-

 

MAKLUMAN | BORANG KAJIAN CUKAI RUMAH / BANGUNAN DI BAWAH AKTA LEMBAGA-LEMBAGA BANDARAN PENGGAL 57 boleh di muat turun di pautan berikut:- 


BORANG KAJIAN CUKAI - BKC.pdf​​​

​​